Selamat Datang ke Blog Di Ambang Pelamin
Jenaka - Karangan Keluarga Saya
Anda pasti tidak mahu anak anda menulis karangan seperti berikut. Jadi didiklah anak-anak anda sebaik mungkin dan berilah contoh serta tauladan yang berguna kepada mereka.
Saturday, October 25, 2008 | 0 Comments
Jenaka - Kisah 4 Bakal Bapa
4 orang bakal ayah sedang menunggu di bilik menunggu di Hospital sementara isteri masing-masing sedang berjuang untuk melahirkan anak.
Kemudian keluar nurse dan memberitahu kepada ayah pertama, "Tahniah, kamu sekarang telah menjadi ayah kepada kembar dua!".
"Mungkin satu kebetulan" kata ayah pertama. " Saya bekerja di Twin Star Enterprised"
Kemudian keluar pula nurse lain dan memberitahu kepada ayah kedua, "Tahniah! awak mendapat anak kembar tiga!".
"Wooow!, mungkin satu kebetulan" jawab ayah kedua."Saya kerja di 3M Corporation"
Keluar pulak nurse lain dan memberitahu ayah ke ketiga,"Congratulation! isteri you dapat kembar empat,"
"Alhamdulillah! Mungkin juga satu kebetulan". Saya kerja di Four Season Hotel!"
Pada masa ini ayah yang ke empat kelihatan amat tidak menentu dan gelisah.
Kesemua ayah-ayah yang menunggu pun bertanya, "kenapa risau sangat??"
Jawab ayah keempat,"Saya bekerja di Seven-eleven!!"
Tuesday, October 21, 2008 | 0 Comments
Jenaka - Kisah 3 Anak Dara
Tersebutlah alkisah sebuah keluarga aman bahagia yang dianggotai sepasang suami isteri bersama tiga orang anak dara mereka. Nak dijadikan cerita, ketiga-tiga anak dara tersebut melangsungkan perkahwinan mereka secara serentak.Maka sedih bercampur gumbira menyelubungi hati dan perasaan kedua ibu bapa mereka apabila majlis perkahwinan tersebut selamat dilangsungkan.
Apabila ketiga-tiga pasangan bersiap sedia untuk pergi berbulan madu ke tempat haluan masing-masing, kedua ibu bapa mereka pun dengan tegas berpesan supaya mereka tidak lupa untuk mengirimkan berita sepanjang pemergian mereka walau dengan sepatah dua kata. Supaya tidak membebankan setiap pasangan, ibu bapa mereka mencadangkan agar mereka hanya menulis tajuk iklan yang dapat menggambarkan maksud yang ingin disampaikan. Lalu mereka semua pun bersetuju degan cadangan tersebut.
Seminggu selepas mereka semua pergi ke arah tujuan masing-masing, si ibu menerima sepucuk surat dari anak mereka yang pertama, suratnya amat ringkas, hanya perkataan "Nescafe" yang tertera. Si ibu yang cuba menyelami maksud yang ingin disampaikan, tanpa berlengah menyemak iklan "Nescafe" di akhbar yang berbunyi "Nikmatnya tak terhingga", maka fahamlah si ibu akan maksud yang ingin disampaikan.
Selang seminggu selepas itu, mereka menerima sepucuk surat dari anak mereka yang kedua pula, suratnya juga pendek, hanya berbunyi " Standard Chartered Bank". Apabila disiasat dengan lebih lanjut, iklan Standard Chartered Bank rupanya bermaksud " Besar, Teguh dan Peramah", maka tersenyumlah kedua orang tua tersebut.
Seperti lazimnya mereka pun tertunggu-tunggu akan berita dari anak ketiga mereka, namun minggu demi minggu tidak juga mereka menerima sebarang khabar berita. Mulanya mereka agak risau namun setelah hampir dua bulan berlalu, mereka akhirnya menerima sepucuk surat yang amat dinananti-nantikan, suratnya juga amat ringkas, hanya tertulis perkataan "MAS". Mulanya mereka agak hairan kenapalah anak mereka mangambil masa yang lama sangat untuk menulis perkataan "MAS" namun setelah membaca iklan MAS di surat khabar, mereka pun tersenyum. Di surat khabar, iklan MAS berbunyi," Tiga kali sehari, tujuh hari seminggu..."
Tuesday, October 21, 2008 | 0 Comments
Tips Kebahagiaan oleh Ustaz Asmungi Sidek
- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.
- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.
- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.
- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.
- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.
- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.
- Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.
- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).
- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.
- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.
- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.
- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.
- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.
- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.
- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.
- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.
- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.
- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.
- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.
- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.
- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.
- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.
Tuesday, October 21, 2008 | 0 Comments
Perempuan Yang Haram Dinikahi
Islam telah menetapkan beberapa kategori wanita atau perempuan yang haram dinikahi oleh lelaki. Antara wanita atau perempuan yang dilarang untuk dinikahi dalam Islam adalah yang mempunyai ciri-ciri di bawah:
- Keluarga
- Menyusu
- Semenda
- Permaduan
- Kafir
- Isteri orang
- Di dalam iddah
1. Perempuan yang haram dinikahi sebab keluarga:
- Ibu
- Anak perempuan
- Saudara perempuan
- Adik perempuan sebelah emak
- Adik perempuan bapa
- Anak perempuan abang
- Anak perempuan adik
2. Perempuan yang haram dinikahi sebab susuan:
- Ibu susuan
- Anak perempuan susuan
- Anak kandung lelaki / perempuan
- Adik perempuan emak susuan
- Adik perempuan bapa
- Anak perempuan saudara susuan
3. Perempuan yang haram dinikahi sebab semenda (mempunyai talian kekeluargaan):
- Mertua perempuan
- Ibu tiri
- Menantu perempuan
- Anak perempuan tiri
4. Perempuan yang haram dinikahi sebab persemaduan:
- Saudara perempuan isteri (adik/kakak ipar)
- Saudara perempuan sebelah bapa isteri (mak saudara)
- Saudara perempuan sebelah ibu (emak isteri)
5. Perempuan yang haram dinikahi sebab kafir/isteri orang/isteri di dalam iddah:
- Orang lelaki Islam haram nikah dengan perempuan kafir kecuali kafir kitabiah.
- Orang perempuan Islam haram nikah dengan lelaki kafir sekalipun kitabiah.
- Haram nikah isteri orang sekalipun telah diceraikan jika belum tamat iddahnya.
Monday, October 13, 2008 | 0 Comments
Panduan Meminang Dalam Islam
Lelaki yang berkemampuan dari segi zahir dan batin, dan berhajat untuk meminang wanita pilihannya perlulah menitikberatkan beberapa perkara:
- lelaki boleh meminang perempuan (atau wakilnya)
- perempuan juga boleh meminang lelaki dengan menghantar wakilnya
- memastikan bahawa orang yang dipinang bukan pinangan orang lain
- bukan perempuan di dalam iddah
- bukan perempuan bekas isterinya yang dicerai talak tiga sebelum tahalul
- jika anak dara, diamnya adalah setuju
- jika janda hendaklah menyatakan izinnya
- meminang pada masa yang sesuai tidak dalam kedukacitaan atau sedang sakit
- jika peminangan diterima hendaklah rundingkan pernikahannya
Monday, October 13, 2008 | 0 Comments
Syarat-syarat sah dua orang saksi
Berikut adalah syarat-syarat sah dua orang saksi:
- Baligh
- Berakal
- Lelaki
- Beragama Islam
- Adil (tidak fasik)
- Merdeka
- Mendengar
- Melihat
- Berkata-kata
- Mengerti maksud ijab dan qabul
- Tidak kurang ingatannya
- Menjaga maruahnya
Monday, October 13, 2008 | 0 Comments












